Isnin, 25 April 2011

kerja kursus geo (rumusan)


RUMUSAN
Saya bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan oleh guru.
Saya telah mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam.Saya juga telah mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam. Saya telah mendapat punca pencemaran di Seksyen 16 iaitu pencemaran udara, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan sebagainya.
Kesan pencemaran terhadap penduduk di Seksyen 16 ialah hujan asid daripada asap kenderaan, jerebu daripada pembakaran terbuka, air tercemar daripada pebuangan sampah di sungai atau kilang, bau busuk daripada sampah sarap yang dibiarkan sahaja dan sebagainya.
Cara mengatasi pencemaran alam sekitar ialah dengan berkempen contohnya, Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar.Selain itu menyediakan kemudahan pusat pengumpulan contohnya, Pihak berkuasa tempatan perlu menyedikan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula.Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati.
Yang terakhir, dengan bergotong-royong boleh juga bersama-sama bergotong-royong untuk membersihkan kawasan Seksyen 16.Pastikan penduduk Seksyen 16 mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuanganya begitu sahaja. Selain itu kita dapat bekerja sama antara satu sama lain. Saya berasa bangga kerana duduk di Seksyen 16 Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan