Isnin, 25 April 2011

kerja geo (kawasan kajian)

Kawasan Kajian

Bagi membuat kajian geografi pada kali ini saya memilih kawasan Seksyen 16 sebagai kawasan kajian saya. Petempatan ini terletak di Shah Alam, Selangor. Shah Alam pada suatu masa dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungau Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama batu tiga  pada tahun 1963, Shah Alam dijadikan Pusat Pentadbiran negeri Selangor menggantikan Kuala Lumpur yang menjadi Wilayah Persekutuan.
            Pada 7 Disembar 1978, di atas Perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ke-8, Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69km persegi.
            Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3km persegi. Shah Alam diisytiharkan Shah Alam petempatan terletak di daerah pentadbiran Petaling.
            Seksyen 16 terletak di negeri Selangor iaitu sempadan Wilayah Persekutuan kedudukannya bersempadan dengan daerah Klang.
            Jarak dari pusat Bandar Kuala Lumpur kira-kira 20km dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Seksyen 16 terletak kawasan tanah pamah dan sedikit berbukit amat sesuai dijadikan sebuah kawasan yang boleh dibangunkan.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan