Isnin, 25 April 2011

kerja kursus geo (rumusan)


RUMUSAN
Saya bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan oleh guru.
Saya telah mengenalpasti konsep pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam.Saya juga telah mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam. Saya telah mendapat punca pencemaran di Seksyen 16 iaitu pencemaran udara, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan sebagainya.
Kesan pencemaran terhadap penduduk di Seksyen 16 ialah hujan asid daripada asap kenderaan, jerebu daripada pembakaran terbuka, air tercemar daripada pebuangan sampah di sungai atau kilang, bau busuk daripada sampah sarap yang dibiarkan sahaja dan sebagainya.
Cara mengatasi pencemaran alam sekitar ialah dengan berkempen contohnya, Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar.Selain itu menyediakan kemudahan pusat pengumpulan contohnya, Pihak berkuasa tempatan perlu menyedikan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula.Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati.
Yang terakhir, dengan bergotong-royong boleh juga bersama-sama bergotong-royong untuk membersihkan kawasan Seksyen 16.Pastikan penduduk Seksyen 16 mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuanganya begitu sahaja. Selain itu kita dapat bekerja sama antara satu sama lain. Saya berasa bangga kerana duduk di Seksyen 16 Shah Alam.

kerja kursus geo (jadual)



Jadual menunjukkan indeks pencemaran udara di Shah Alam pada bulan Januari hingga April 2011
                          Masa  
  Bulan       
7.00 pagi
11.00 pagi
5.00 petang
Januari
36*
53*
55*
Februari
55*
55*
73*
March
41*
44*
45*
April
53*
54*
53*
Sumber : Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor

 -Keterangan-
0 - 50
Good/Baik
51 - 100
Moderate/Sederhana
101 - 200
Unhealthy/Tidak Sihat
201 - 300
Very Unhealthy/Sangat Tidak Sihat
> 301
Hazardous/Bahaya



kerja kursus geo (penghargaan)

Penghargaan

               Saya, Muhd Afiq Bin Nor Azhar dari kelas 3 Intan ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah Seksyen 16, Shah Alam iaitu Puan Hajah Kasma Muni kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini yang diberi taju “Pencemaran Alam Sekitar”
                Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Cik Rosnah Binti Rahmat kerana telah banyak membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Cikgu juga telah banyak membantu saya dengan menyiapkan folio tugasan ini ditahap permakahan maksimum.
                 Selain itu, saya amat bersyukur, berterima kasih serta terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya, Encik Nor Azhar Bin Mohd Yusof dan Puan Siti Zuraidah Bte Abdul Majid kerana telah banyak memberi dorongan dan bantuan kewangan sepanjang kajian ini dijalankan. Tanpa bantuan mereka, tugasan ini mungkin tidak dapat dijalankan.
                 Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Anisah Binti A.Latef, Hazim Bin Suhaimi dan Nor Aiman Bin Zulkarnaen kerana sudi berkerjasama menjayakan folio ini. Ucapan terima kasih kepada pihak responden kerana telah memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini.

kerja kursus geo (kaedah kajian)

Kaedah Kajian
1.Pemerhatian
 -Sama bersama rakan saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian iaitu di Seksyen 16    Shah Alam. Aspek yang telah diperhatikan ialah jenis, punca dan kesan pencemaran alam sekitar.
2.Rujukan
 -Kami juga membuat beberapa rujukan untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Antaranya kami merujuk laman web MBSA http://www.mbsa.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah, lokasi dan keadaan di Seksyen 16 Shah Alam. Kami juga merujuk laman web http://www.google.com untuk mendapatkan maklumat tentang konsep, jenis, punca, kesan dan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
3.Soal Selidik
 -Saya bersama rakan saya telah menyediakan borang soal selidik dan menyenaraikan tentang masalah pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 dan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan pencemaran alam sekitar di Seksyen 16, Shah Alam.   

kerja kursus geo (objektif kajian)

 Objektif Kajian

1.     Mentakrifkan konsep Pencemaran Alam Sekitar.

2.     Menyata dan Menghuraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

3.     Menyata dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

4.     Menghuraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

5.     Menghuraikan cara untuk mengurangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

6.     Menerapkan nilai atau unsur patriorisme dalam kajian kami.


kerja kursus geo (kawasan kajian)

Kawasan Kajian

Bagi membuat kajian geografi pada kali ini saya memilih kawasan Seksyen 16 sebagai kawasan kajian saya. Petempatan ini terletak di Shah Alam, Selangor. Shah Alam pada suatu masa dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungau Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama batu tiga  pada tahun 1963, Shah Alam dijadikan Pusat Pentadbiran negeri Selangor menggantikan Kuala Lumpur yang menjadi Wilayah Persekutuan.
            Pada 7 Disembar 1978, di atas Perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ke-8, Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69km persegi.
            Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3km persegi. Shah Alam diisytiharkan Shah Alam petempatan terletak di daerah pentadbiran Petaling.
            Seksyen 16 terletak di negeri Selangor iaitu sempadan Wilayah Persekutuan kedudukannya bersempadan dengan daerah Klang.
            Jarak dari pusat Bandar Kuala Lumpur kira-kira 20km dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Seksyen 16 terletak kawasan tanah pamah dan sedikit berbukit amat sesuai dijadikan sebuah kawasan yang boleh dibangunkan.
           



kerja kursus geo (pencemaran alam sekitar)

Pencemaran Alam Sekitar
6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
















8.2 Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar
a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
b . Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
c . Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.


d. Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.





















8.3 Punca-punca pencemaran alam sekitar
a) Perkilangan.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..
b) Kenderaan

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara.Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut.Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

c) Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.
d) Sampah sarap
Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
e) Pembinaan
Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.
f) Perniagaan
Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.

g) Petempatan.

Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus.Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja.Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.
h) Perlombongan
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air.Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.


















8.4 Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
a) Hujan asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat.Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat.Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
b) Jerebu
Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia.Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu.Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
c) Suhu meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini.Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
d) Air tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut
e) Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.












8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
1. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
3. Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
4. Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
5. Catalytic converter
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

kerja kursus geo (kaedah kajian)

Kaedah Kajian
1.Pemerhatian
 -Sama bersama rakan saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian iaitu di Seksyen 16    Shah Alam. Aspek yang telah diperhatikan ialah jenis, punca dan kesan pencemaran alam sekitar.
2.Rujukan
 -Kami juga membuat beberapa rujukan untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Antaranya kami merujuk laman web MBSA http://www.mbsa.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah, lokasi dan keadaan di Seksyen 16 Shah Alam. Kami juga merujuk laman web http://www.google.com untuk mendapatkan maklumat tentang konsep, jenis, punca, kesan dan cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
3.Soal Selidik
 -Saya bersama rakan saya telah menyediakan borang soal selidik dan menyenaraikan tentang masalah pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 dan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan pencemaran alam sekitar di Seksyen 16, Shah Alam.

karja kursus geo (objektif kajian)

 Objektif Kajian

1.     Mentakrifkan konsep Pencemaran Alam Sekitar.

2.     Menyata dan Menghuraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

3.     Menyata dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

4.     Menghuraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

5.     Menghuraikan cara untuk mengurangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Seksyen 16 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

6.     Menerapkan nilai atau unsur patriorisme dalam kajian kami.

kerja geo (kawasan kajian)

Kawasan Kajian

Bagi membuat kajian geografi pada kali ini saya memilih kawasan Seksyen 16 sebagai kawasan kajian saya. Petempatan ini terletak di Shah Alam, Selangor. Shah Alam pada suatu masa dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungau Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama batu tiga  pada tahun 1963, Shah Alam dijadikan Pusat Pentadbiran negeri Selangor menggantikan Kuala Lumpur yang menjadi Wilayah Persekutuan.
            Pada 7 Disembar 1978, di atas Perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ke-8, Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69km persegi.
            Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3km persegi. Shah Alam diisytiharkan Shah Alam petempatan terletak di daerah pentadbiran Petaling.
            Seksyen 16 terletak di negeri Selangor iaitu sempadan Wilayah Persekutuan kedudukannya bersempadan dengan daerah Klang.
            Jarak dari pusat Bandar Kuala Lumpur kira-kira 20km dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Seksyen 16 terletak kawasan tanah pamah dan sedikit berbukit amat sesuai dijadikan sebuah kawasan yang boleh dibangunkan.
           

kerja kursus geo (rujukan)

Rujukan

BukuIlmiah
AbdRahim Bin MdNor, 2004, PencemaranAlamSekitar, Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Orang Sumber
SitiZuraidahBte Abdul Majid, 41 tahun, JKR (P) 3151/74, Tkt. 9 KuartersKerajaanNegeri Selangor JalanDawai 16/2 Seksyen 16 40200, Shah Alam, SelangorDarulEhsan

Melawattempatkajian
Kilangpenosonic, jalan 16/8, 40200 Shah Alam

Internet
http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar

Ahad, 3 April 2011

kerja kursus sivik (resepi)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg12c5Cx2Ke2sLNVlobs0QiyjGiAMATaC_ERWhEengnDSXChanL4dHxQKYZia4691TyCnknTqXgwV2XA75z_ps0lt4TLZaEwy-MaVpax0jmVoE1TDifW-h6Yi7t-BBX3BzF3A9n0P_D3D0/s400/resepi+kuih+seri+muka.png

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:

1) 3 cawan beras pulut
2) 3 cawan santan cair
3) ½ sudu teh garam

Lapisan atas:

1) 3 cawan santan pekat
2) 4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)
3) ½ sudu teh pewarna hijau
4) ½ cawan gula
5) ½ cawan tepung gandum
6) ½ cawan tepung jagung atau kastad
7) 1 biji telur
8) 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:

Lapisan bawah:

1) Gaul rata semua bahan .
2) Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3) Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Lapisan atas:

1) Kisar semua bahan dan tapis.
2) Tuangkan perlahanlahan atas pulut tadi.
3) Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4) Sejukkan dahulu baru potong.
Sedia untuk dihidangkan.


















P4260095
Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )
  • 10 biji telur gred A
  • 380gm gula pasir
  • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
  • 200gm tepung gandum
  • 1/4 tsp baking powder
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.





lapis




Dah lama aku carik resepi kuih lapis yg senang tapi sedap. Akhirnya, ketemu juga dgn resepi Bro. Rozzan yg sedap gilerrrr! Aku bagi 5 mintang kat resepi ni..inilah yg aku carikkk!!

Bahan2:
150 gram tepung beras
30 gram tepung hoen kee
400 ml santan kotak
160 ml air

Untuk air bancuhan air gula:
180 gram gula pasir
150 ml air
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara2:
Bancuhkan tepung beras & tepung hoen kee dgn santan dah air. Kacau rata & ketepikan. Perap selama 40 minit.

Sementara tu, masak air gula. Buh gula, air, daun pandan dan masak hingga gula cair. Sejukkan.

Bila air gula dah sejuk, dan bancuhan tepung sudah diperap selama 40 minit...campurkan air gula dlm adunan tepung. Kacau rata . Tapis jika perlua utk memastikan adunan rata. Kemudian bhgkan kepada 2 bahagian. Satu warna merah ..satu warna putih. Untuk adunan warna merah, lebih sedap kalo kita bubuh pati sirap ros. Kuih akan jadi lebih wangi.

Kemudian panaskan periuk kukus. Sediakan loyang 8". Sukat adunan warna putih sebanyak 100 ml. Tuang ke loyang. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 10 minit.Ulang proses dgn kaler merah dan seterusnyer hingga siap. Bila dah siap, tunggu sejuk baru potong.

Nota: Kalau nak dpt kuih lapis yg buleh dibukak atau dicerai2 antara lapisan, mesti pastikan tepung tu masak betul baru letak lapisan demi lapisan.













http://4.bp.blogspot.com/_givUxpcbymI/THK2yHbbmkI/AAAAAAAAB3Q/HZxad0O_dLQ/s400/Capture.JPG




Baham-bahan:

1 ulas pisang tanduk
6 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan
1 cawna air
sedikit pewarna kuning

cara2:

- pisang dihiris
- Campur semua bahan tadi dalam periuk
- jerang/didihkan atas dapur dan kacau supaya gula dan pewarna kuning bercampur rata
- biarkan hingga gelegak.
- boleh hidang dan makan..


Kuih Tepung Pelita  - Image




Bahan-bahan:

- Untuk lapis bawah
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh kapur sirih
3) 4-5 cawan jus dari 7 helai daun pandan
4) Gula pasir secukupnya
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul


- Untuk lapis atas
1) Santan pekat dari 1 biji kelapa
2) 1 senduk tepung beras
3) ½ sudu teh garam


Cara penyediaan:

- Untuk lapis bawah
1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang.
4 )Masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak, anggaran 20 minit.

- Untuk lapis bawah
1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
3) Kukus semula hingga masak. (cucuk dengan lidi, masak jika tidak melekat)

Sedia untuk dihidangkan.












Resepi Kuih Lompat Tikam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyO8MV9XSeAb_gqHKhNhXZhUsME8RlTzCkLLh4JdA5A9tyomfaub5rz6JsLMOjpVRbTqrMaCHrE77D8xbDsZqrIQpE8bIuwS0qARblTUBPMhfnmW_Fg5c7-S8V2uGHQHMdNNaCVoDPiWE/s400/lompat+tikam.png
Bahan-bahan:

-Lapisan hijau-

1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan cair
½ cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
½ sudu teh garam


-Lapisan putih-

1 ½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam


- Air gula (kuah)-

1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan (dicarik dan disimpulkan)


Cara Penyediaan:


-Lapisan hijau-

Panaskan kukusan dan oles rata minyak masak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar. Ini bertujuan untuk memudahkan mengeluarkan kuih dari loyang setelah masak.

Satukan kesemua bahan lapisan hijau, gaul hingga sebati dan tapis. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.Cakarkan sediikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.


-Lapisan putih-

Satukan kesemua bahan lapisan putih, gaul hingga sebati dan tapis. Tuang adunan ke atas lapisan hijau yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit. Setelah masak biarkan sejuk pada suhu bilik. Jika suka makan sejuk, boleh sejukkan dalam peti ais.


- Air gula (kuah)-
Masukkan kesemua bahan dalamperiuk dan masak sehingga mendidih, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
Tapis dan sejukkan dalam peti ais jika suka.


Cara hidangan: Potong kuih petak-petak dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan hidangan. Curahkan air gula merah ke atasnya.




Img_0059

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )
  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-cara
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.







Tepung_gomak

Bahan-bahan ( depend on size (around 20bji klu kecik) )
  • •300gm tepung pulut
  • - 1 1/2 cwn nestum keluarga (dikisar halus)
  • -1/2 cwn susu tepung/ horlicks (optional)
  • - 1/4 cwn gula ising
  • * Bahan untuk inti *
  • • 2 cwn gula merah or 4 keping gula melaka (saiz besar)
  • •1/2 cawan gula pasir (klu inti dh cukup manis, x perlu tmbh gula dh)
  • •1 bj kelapa parut
  • •3 helai daun pandan (klu xde..essence pndan pun blh, utk amik bau jek)
  • 2 s/b marjerin (optional)
Cara-cara
  1. Nestum yg dikisar halus disatukn dengan gula icing n susu tepung / horlicks
  2. -Gaul tepung bersama air sedikit2 sehingga tepung boleh diuli/ dibentuk (boleh dicampur 1/4 tepung gandum jika taknak doh terlalu liat)
  3. - amik sedikit doh dan bulatkn2 hingga habis (saiz ikut suka kecik or besar).
  4. Inti :-
  5. - Masak gula sehingga cair dan masukan marjerin (inti akn menjadi lebih sedp bila dicampur marjerin) n daun pandan yg telah disimpul / esen pandan (leh gk guna esen vanila)
  6. - Setelah air gula mendidih dan brbau wangi, masukan kelapa parut n kacau smpai kering (api jgn kuat takut inti hangus) n sejukkan seketika
  7. - Panaskan air didalam periuk besar (utk merebus/ msk kuih (cara sama jek mcm kuih buah melaka).
  8. - Ambil doh yg dh dibentuk, leperkan sedikit dan masukkn inti dan bentukan doh hingga kemas (doh jgn terlalu nipis utk elakan pech ketika merebus)
  9. - Masukan doh yg telah siap ke dlm air mendidih dan tggu sehingga ia timbul di permukaan (klu dh timbul maknanya dh masak le tuh) dan ulangi lgkah yg sama (klu periuk besar blh masukn doh lebih)
  10. - Doh yg msk di tos airnya dn gaulkn dengan cmpurn nestum td n siap dihidangkn...rasanya mmg sedp n milky..kanak2 pasti suke...selamat mencuba





















http://i63.photobucket.com/albums/h123/KuehHanieliza/Onde-onde01.jpg

ONDE-ONDE atau BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.


Dscf1459_exposure1_resize


Bahan-bahan ( 8 orang )
  • *Bahagian bawah:
  • 120g tepung beras
  • 20g tepung gandum
  • 150g gula
  • 400ml air
  • 200ml air perasa jagung (atau jus pandan)
  • 11/2 tsp air kapur
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak utk sapu dalam acuan.
  • **Bahagian atas:
  • 70g tepung beras
  • 2 tbs tepung jagung
  • 1/2 tsp garam
  • 350ml santan pekat (dari sebiji kelapa)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur.
  2. Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
  3. Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
  4. Isikan dalam acuan, terus kukus hingga masak




http://thestar.com.my/archives/2009/5/5/lifeliving/f_20wajik.jpgSticky treat: Kuih wajik is a traditional Malay sweet.
Here’s a recipe for palm sugar glutinous rice pudding.
Palm Sugar Glutinous Rice Pudding
500g glutinous rice, soaked overnight
300g palm sugar (Gula Melaka), chopped into pieces
250g soft brown sugar
250ml water
400ml thick coconut milk
½ tsp salt
4-5 screwpine leaves, knotted
Drain the glutinous rice and place in a shallow heat-proof dish. Steam rice over rapidly boiling water for 20 minutes or until just cooked. (Do not worry if the rice grains appear dry and tough; this is the way they should be.)
Put water, both sugars and screwpine leaves in a pan. Stir and cook over low heat until sugar dissolves. Simmer syrup for about 10 minutes. Strain the syrup.
Place syrup, coconut milk and salt in a wok. Cook over medium high heat, stirring constantly until the mixture is thick and syrupy and the surface is full of bubbles.
Add the steamed rice. Stir constantly until mixture is thick and sticky. The wajik should be quite gooey. Turn mixture out onto a shallow tray lined with a banana leaf. Allow to cool and harden, then cut into diamond shapes or serving-sized pieces.
I WOULD appreciate it if you could share a recipe for a vegetarian hot and sour soup with me? – Ng Yit Foong
Here’ s the recipe.
Vegetarian Hot and Sour Soup
1 piece soft beancurd, cut into strips
3 dried Chinese mushrooms, soaked to soften and shredded
10g black-ear fungus, soaked and shredded
15g Szechuan salted vegetable, rinsed and shredded
100g vegetarian meat, shredded
5 button mushrooms, sliced
1 tsp ginger shreds
½ tsp oil
½ tsp sesame oil
4 water chestnuts, shredded
1 litre water
Seasoning
½ tsp salt or to taste
¼ tsp monosodium glutamate
3-4 tbsp black vinegar
1 tbsp light soy sauce
1/8 tsp pepper
Thickening
3 tbsp sweet potato flour
4 tbsp water
1 tsp chilli oil
Garnish
Some coriander leaves
Chopped spring onion
Heat oil and sesame oil in a pot. Sauté ginger shreds until fragrant. Pour in water and bring to the boil.
Add the rest of the ingredients and seasoning and bring to a quick boil. Combine the sweet potato flour and water and stir into the soup with the chilli oil.
Garnish with coriander leaves and chopped spring onion. Serve the soup hot.
COULD you share with me a delicious recipe for barbecued spareribs? – Chen Siok Wee
Here’s the recipe.
Barbecued Spareribs
1kg spareribs
2 slices ginger
1 star anise
3 cloves garlic, smashed
1 tbsp sesame oil
1 tbsp maltose
Marinade (combined)
1 tbsp oyster sauce
2 tbsp light soy sauce
2 tbsp Hoisin sauce
1 tbsp Worcestershire sauce
100g sugar
½ tsp pepper
½ tsp thick soy sauce
Cut ribs into serving size portions and place in a large mixing bowl. Add combined marinade ingredients, ginger slices, star anise and garlic.
Stir and mix with the r ibs until well coated.
Transfer to an airtight container and marinate for several hours or preferably overnight in the refrigerator.
Remove ribs from marina de and arrange on a greased wire rack. Roast in a preheated oven at 180°C for 50-60 minutes. Baste the ribs occasionally with the marinade.
Add maltose to the remaining marinade ingredients and simmer over very low heat until the maltose dissolves.
Pour the mixture over the ribs in the ov en and continue to cook for a further 5 -10 minutes or until they are done to your liking.




http://www.tigagajahchoheng.com/images/stories/content/recipes_content_image/kuih_loyang.jpg

Kuih Loyang

Steps :
  1. Mix all ingredients. Stir well and strain.
  2. Heat mould in hot oil.
  3. Lift mould from oil. Dip ¾ of mould into batter.
  4. Return to hot oil until slightly browned. To remove biscuit (do not take mould out from oil), shake the biscuit from mould. Deep fry until turns brown.

Ingredients :
  • 500g Erawan Brand Rice Flour (or Cap Gajah Blended Rice Flour)
  • 2 eggs
  • 150g caster sugar
  • 700ml concentrated coconut milk.
  • ½ teaspoon salt

Kuih Loyang

Cara :
  1. Gaul semua ramuan. Kacau hingga sebati. Tapis.
  2. Panaskan acuan dalam minyak panas.
  3. Celup ¾ acuan ke dalam adunan.
  4. Celup acuan yang diisi dengan adunan ke dalam minyak panas hingga biskut bertukar ke coklat muda. Untuk mengasingkan biskut dengan acuan (acuan masih dalam minyak), kocak acuan. Goreng hingga biskut menjadi kuning keemasan. 
Ramuan :
  • 500g Tepung Beras Erawan Brand (atau Tepung Beras Campuran Cap Gajah)
  • 2 biji telur
  • 150g gula
  • 700ml santan pekat
  • ½ sudu teh garam








http://lh3.ggpht.com/_Hb_bSzm7Rfs/SWycxL8KaII/AAAAAAAABbg/hmJPuSl6O9k/s400/P1130723.JPG


Bahan2nya:
350gram keledek- dibuang kulit dan dihiris nipis dan direbus hingga empuk
1 cawan tepung keledek
3 sudu besar tepung pulut
50ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minya masak
Daun pandan secukupnya – dipotong 3-4cm

Bahan inti:-
½ biji kelapa parut ( putih )
1/2 ketul gula melaka
1 sudu besar tepung gandum – utk lekatkan kelapa supaya mudah dikepal
Sedikit air
** Masukkan kesemua bhn kedlm kuali dan masak sehingga kering**

Cara2nya:
1. Lenyek keledek hingga hancur dan masukkan tepung keledek dn tepung ubi dan gaul rata sehingga berderai.
2. Masukkan garam, jus pandan dan pewarna sedikit demi sedikit hingga doh mudah di uli dan tidak lekat ditangan
3.Bahagi doh kpd beberapa bahagian dan celupkan hujung jari kedlm minyak masak dan leperkan doh di tapak tangan da masukkan inti kedlm doh dan tutup rapat. Kalo nk cepat dn senang kerja sediakan dulu seperti gambar dibawah.
http://lh4.ggpht.com/_Hb_bSzm7Rfs/SWyVRFHnBgI/AAAAAAAABaY/4gk75ylehgA/s288/P1120698.JPG


4. Kepal perlahan-lahan doh dan buat bentuk bujur, selepas itu kelarkan doh menggunakan belakang pisau buat 4-5 garisan disekelilingnya dan dialas dgn daun pandan.
http://lh3.ggpht.com/_Hb_bSzm7Rfs/SWyWOEmedrI/AAAAAAAABag/iFRaVpZg0O4/s288/P1120699.JPG


5. Sementara itu panaskan kukus, ulangi langkah 3-4 sehingga selesai.
6. Kukus selama 8-10 minit sehingga masak. Setelah siap sejukkan sebentar dan siap
http://lh3.ggpht.com/_Hb_bSzm7Rfs/SWyXy4GPWsI/AAAAAAAABao/AFeV0g2tTZs/s288/P1120701.JPG


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRzLoZjJ9Zt50Kf6ZQLl8clQmuYbgEc28U85kWaNEEljbLEBDfmhttp://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRzLoZjJ9Zt50Kf6ZQLl8clQmuYbgEc28U85kWaNEEljbLEBDfmhttp://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRzLoZjJ9Zt50Kf6ZQLl8clQmuYbgEc28U85kWaNEEljbLEBDfm