Ahad, 3 April 2011

kerja kursus geo (pencemaran)

             Maksud pencemaran
       Persekitaran yang dicemari oleh kegiatan manusia dan semula jadi.
                Jenis pencemaran
o   Pencemaran udara
o   Pencemaran air
o   Pencemaran bunyi
o   Pencemaran tanah
Punca pencemaran udara

          Pencemaran udara berlaku apabila terdapat satu atau lebih kandungan fizik, kimia dan biologi di atmosfera dalam jumlah yang akan membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan, mengganggu estetika dan keharmonian atau merosak properti. Punca pencemaran udara dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pencemar primer dan pencemar sekunder. Pencemar primer ialah bahan pencemar yang terhadil secara langsung dari punca pencemaran udara. Karbon monoksida adalah salah satu contoh pencemar primer. Pencemar sekunder pula ialah bahan pencemar yang terbentuk hasil daripada reaksi pencemar-pencemar primer di atmosfera.

Aktiviti manusia

·    Transportasi
·    Pertanian
·    Penternakan
·    Industri/kilang
·    Power plant
·    Pembakaran (perapian, kompor, furnace, insinerator dengan berbagai jenis bahan bakar)
·    Gas buang kilang yang menghasilkan gas berbahaya seperti (CFC)

Punca semulajadi

·    Gunung berapi
·    Rawa-rawa
·    Kebakaran hutan
·    Nitrifikasi dan denitrifikasi biologi

Punca-punca lain

·    Transportasi amonia
·    Kebocoran tangki klor
·    Timbulan gas metana dari lahan uruk/tempat pembuangan akhir sampah
·    Uap pelarut organik

Jenis-jenis pencemar

·    Oksida sulfur
·    CFC
·    Hidrokarbon
·    Ozon
·    Partikulat
Pencemaran udara ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Antara kesan yang paling umum ialah ISPA (infeksi saliran pernafasan akut) sepeti asma, bronkitis dan gangguan pernafasan yang lain. Beberapa zat pencemar dikenali sebagai toksik dan karsinogenik.  Pencemaran ini juga akan meyebabkan pertumbuhan terbantut. Tumbuhan-tumbuhan ini juga akan dihinggapi penyakit seperti klorosis, nekrosis dan bintik hitam. Ia juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid yang akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara berikut :
·    Mempengaruhi kualitas air permukaan
·    Merusak tanaman
·    Melarutkan logam-logam berat yang terdapat dalam tanah sehingga mempengaruhi kualitas air tanah dan air permukaan
·    Bersifat korosif sehingga merusak material dan bangunan

Pencemaran udara ini juga akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan kerosakan lapisan ozon. Kesan rumah hijau (greenhouse effect) disebabkan oleh kehadiran  CO2, CFC, metan, ozon, dan N2O di lapisan troposfera yang menyerap radiasi panas matahari yang dipantulkan oleh permukaan bumi. Akibatnya panas terperangkap dalam lapisan troposfera dan menimbulkan fenomena pemanasan global. Kesan pemanasan global ialah:
·    Pencairan ais di kutub
·    Perubahan iklim regional dan global
·    Perubahan kitaran (siklus) hidup flora dan fauna

Lapisan ozon berada di stratosfer (ketinggian 20-35 km) adalah merupakan pelindung alami bumi yang berfungsi penapis  radiasi ultraviolet B dari matahari. Pembentukan dan penguraian molekul-molekul ozon (O3) terjadi secara alami di stratosfer. Pelepasan  CFC yang mencapai stratosfer dan bersifat sangat stabil menyebabkan kadar penguraian molekul-molekul ozon menjadi lebih cepat dari pembentukannya, sehingga terbentuk lubang-lubang pada lapisan ozon. Kerosakan lapisan ozon menyebabkan sinar UV-B matahari tida kdapat ditapis dan akan mengakibatkan kanser kulit serta penyakit pada tanaman.

Punca pencemaran air

Pencemaran air berlaku apabila berlaku perubahan keadaan di suatu tempat
penampungan air seperti danau, sungai, laut dan air tanah akibat daripada aktiviti
manusia. Namun begitu, perubahan kualiti air yang disebabkan oleh fenomena alam seperti gunung berapi tidak dianggap sebagai pencemaran. Pencemaran air akan menyebabkan peningkatan kandungan nutrien yang mengarah kepada berlakunya eutrofikasi.  Eutrofikasi merupakan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh limbah fosfat khususnya di dalam ekosistem air tawar. Hal ini berlaku kerana kandungan nutrien di dalam ekosistem air melebihi tahap yang sepatutnya. Air dikatakan sebagai eutrofik apabila kepekatan total phosporus (TP) di dalam air berada pada paras 35-100 µg/L. Sebenarnya, eutrofikasi adalah satu proses semulajadi  di mana danau mengalami penuaan dan menjadi lebih produktif untuk pertumbuhan biomass. Ia memerlukan ribuan tahu untuk berlakunya proses eutrofikasi ini. Namun begitu, aktiviti manusia yang tidak terkawal ini telah menyebabkan proses ini berlaku dengan cepat.




  

Eutrophication








                                            Rajah 1 : Eutrofikasi

Eutrofikasi ini akan menyebabkan pertumbuhan alga berlaku dengan pesat. Pertumbuhan alga ini akan merubah kualiti air seterusnya menyebabkan hidupan-hidupan air yang lain tidak dapat berkembang dengan baik dan akan menjejaskan keseimbangan ekosistem. Eutrofikasi ini dapat dikesan apabila warna air berubah menjadi kehijauan, air yang keruh dan berbau busuk. Selain itu, pertumbuhaan alga bloom juga akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan nilai konservasi, estetika, rekreasional dan pariwisata hilang sehingga wang yang banyak diperlukan untuk menampung biaya sosial dan ekonomi bagi mengatasi masalah ini.

   Punca utama berlakunya proses eutrofikasi ini adalah fosforus. Gambar rajah 2 di bawah menunjukkan dari mana fosfat ini terhasil.










                                                               Rajah 2
Daripada gambar rajah di atas, kita dapat lihat bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi proses ini berlaku. Aktiviti manusia merupakan penyebab utama masalah ini berlaku dan masalah ini juga dapat diatasi apabila aktiviti-aktiviti ini dapat dikawal. Sebenarnya, hanya dengan kepekatan 10 part per billion (ppb/sepersatu miliar bagian) fosforus sudah memadai untuk pertumbuhan alga.

   Bagaimana masalah ini dapat diatasi? Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini seperti mengetatkan undang-undang untuk mengawal kadar kelahiran. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan kadar pelepasan fosfat ke dalam air. Selain itu, kerajaan juga perlu menggalakkan usahawan-usahawan untuk tidak lagi menggunakan produk-produk yang mengandungi fosfat. Produk-produk makanan yang dihasilkan juga tidak seharusnya mengandungi fosfat.  Sektor pertanian dan juga penternakan juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku dan menjadi semakin meruncing. Oleh sebab itu, semua pihak perlulah sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah ini dan kita perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah ini sehingga ke akar umbi.
Punca pencemarn bunyi
                PENCEMARAN BUNYI
          Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi       
          pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang  
          tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada
          penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).
         
          Klasifikasi Pencemaran Bunyi
          Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :
  • Kebisingan selenjar
    Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
  • Kebisingan fluktasi
    Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.
  • Hentakan impuls
    Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.
  • Kebisingan selang-seli
    Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
             Punca Pencemaran
             Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :
  • Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
  • Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
  • Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.
  • Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
  • Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu



      Pencemaran tanah
PENCEMARAN TANAH
   Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah persekitaran tanah semulajadi. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran air kumbahan atau bahan kimia industri atau kemudahan komersial; penggunaan pestisid, kemasukan air permukaan tanah yang ttercemar ke dalam lapisan sub-permukaan, kemalangan kenderaaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta kumbahan/polusi industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi terma/syarat (illegal dumping).
   Pencemaran tanah ini akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan manusia. Kromium yang terdapat di dalam pestisid dan herbisid merupakan bahan karsinogenik untuk semua populasi. Ia sangat berbahaya pada kanak-kanak kerana dapat menyebabkan kerosakan otak, serta kerosakan ginjal pada seluruh populasi. Pendedahan kronis (terus-menerus) terhadap benzena pada kepekatan tertentu akan meningkatkan kemungkinan terkena leukemia. Merkuri (air raksa) dan siklodiena dikenalpasti dapat menyebabkan kerosakan ginjal, PCB dan siklodiena terkait pada keracunan hati. Organofosfat dan karmabat akan menyebabkan ganguan pada saraf otot. Berbagai pelarut yang mengandung klorin akan merangsang perubahan pada hati dan ginjal serta penurunan sistem saraf pusat. Terdapat beberapa kesan terhadap kesihatan yang ketara seperti sakit kepala, pusing, letih, iritasi mata dan ruam kulit untuk terdedahan bahan kimia yang disebut di atas. Yang jelas, pada dos yang besar, pencemaran tanah dapat menyebabkan kematian.
   Pencemaran tanah juga akan menyebabkan perubahan metabolism dari mikroorganism endemik dan antropoda yang hidup di lingkungan tanah tercemar. Hal ini menyebabkan kemusnahan pelbagai spesies primer dari rantai makanan, yang dapat memberi akibat yang besar terhadap pemangsa atau tingkatan lain dari rantai makanan tersebut. Selain itu, sector pertanian juga akan mendapat kesan akibat daripada pencemaran tanah ini. Hasil pertanian akan menurun dan pencemaran ini juga akan menyumbang kepada berlakunya hakisan tanah. Oleh sebab itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini perlulah dilakukan untuk mengelakkan daripada masalah menjadi semakin teruk.
   Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui remediasi dan bioremediasi. Remediasi adalah kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Terdapat dua jenis remediasi iaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site bermaksud pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site pula meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Setelah itu di daerah aman, tanah tersebut dibersihkan dari zat pencemar. Caranya ialahtanah tersebut disimpan di bak/tanki yang kedap, kemudian zat pembersih dipompakan ke bak/tangki tersebut. Seterusnya  zat pencemar dipompakan keluar dari bak yang kemudian diolah dengan instalasi pengolah air limbah. Pembersihan off-site ini jauh lebih mahal dan rumit.
   Bioremediasi adalah proses membersihkan tanah yang tercemar dengan menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon dioksida dan air).
Kesan
l  Hidupan air terancam
l  Binatang hilang tempat tinggal
l  Cuaca dan udara bertambah panas
l  Manusia diancam penyakit.
Cara mengatasi
l   Melindungi hidupan bumi
l  Menjalankan kempen kebersihan alam sekitar.
l  Memelihara hutan simpanan
l  Menanam semula pokok yang ditebang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan