Isnin, 25 April 2011

kerja kursus geo (penghargaan)

Penghargaan

               Saya, Muhd Afiq Bin Nor Azhar dari kelas 3 Intan ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah Seksyen 16, Shah Alam iaitu Puan Hajah Kasma Muni kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini yang diberi taju “Pencemaran Alam Sekitar”
                Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Cik Rosnah Binti Rahmat kerana telah banyak membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Cikgu juga telah banyak membantu saya dengan menyiapkan folio tugasan ini ditahap permakahan maksimum.
                 Selain itu, saya amat bersyukur, berterima kasih serta terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya, Encik Nor Azhar Bin Mohd Yusof dan Puan Siti Zuraidah Bte Abdul Majid kerana telah banyak memberi dorongan dan bantuan kewangan sepanjang kajian ini dijalankan. Tanpa bantuan mereka, tugasan ini mungkin tidak dapat dijalankan.
                 Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Anisah Binti A.Latef, Hazim Bin Suhaimi dan Nor Aiman Bin Zulkarnaen kerana sudi berkerjasama menjayakan folio ini. Ucapan terima kasih kepada pihak responden kerana telah memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan