Selasa, 14 Jun 2011

kerja kursus sejarah (kaedah kajian)

Kaedah Kajian

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini , seperti yang tercatat di bawah :

a)Analisis dokumen

Analisis dokumen telah dibuat oleh saya sepanjang menghasilkan kerja kursus ini. Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang berkaitan dengan Majlis Bandaraya . Laman web Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah saya lawat dan saya telah mendapat banyak dokumen yang berfaedah seperti sejarah penubuhan , carta organisasi , struktur pentadbiran , dan keistimewaan Majlis Bandaraya Shah Alam melalui penyelidikan internet .

b)Lawatan dan pemerhatian

Kaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk dijadikan sumber kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk majalah , artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga gambar bangunan institusi pentadbiran tersebut .

c)Penyelidikan perpustakaan

Saya telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan Awam Shah Alam dan juga Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang kukuh untuk dijadikan sebagai sumber kajian saya . Pelbagai buku yang berguna tentang institusi pentadbiran tempatan telah diperoleh dan dikaji dengan teliti .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan