Selasa, 14 Jun 2011

kerja kursus sejarah(rumusan)

Rumusan

          Setelah menyiapkan folio ini , beberapa nilai patriotisme telah saya terapkan dalam dirisaya . Antaranya ialah saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyaiinstitusi pentadbiran tempatan yang sangat cekap dan berwawasan . Segala kesusahan danketidakselesaan penduduk bandar Seksyen 16 dapat diselesaikan oleh pihak MBSA dengan cepat dan efisien .
          Selain itu , saya juga dapat memupuk sikap bersemangat kekitaan dalam kalanganpenduduk tempatan . Masyarakat penduduk Seksyen 16 sentiasa saling menolong antara satusama lain tidak kira kaum atau agama . Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sikap penduduk yang berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .
           Akhir sekali , nilai patriotisme berusaha dan produktif ditanam dalam diri saya setelah membuat kajian ini . Semasa menghasilkan Kerja Kursus Sejarah , saya telah melihat dan mempelajari sikap pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang sentiasa rajin dan gigih, semasa menjalankan tugas tanpa mengeluh walau sekali pun . Kesemua ahli-ahli majlis sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara . Nilai-nilai patriotismeini semestinya akan membantu saya menjadi orang yang taat dan cinta akan tanah air .

2 ulasan: